PAKEJ

Bayaran Masuk
Bayaran Masuk

Buat masa ini, Taman Rekreasi Pampang sedang menjalankan PROMOSI untuk kemasukan di Taman Rekreasi Pampang,  Kami tidak mengenakan bayaran yang mahal untuk masuk disini kerana objektif utama Taman Rekreasi Pampang ini ialah menarik pengunjung untuk datang ditempat ini dan seterusnya berharap Taman Rekreasi Pampang ini dikenali ramai.  Bayaran masuk bagi 12 tahun ke atas cuma RM3.00 per kepala/pax.   Bagi pengunjung yang berusia 12 tahun ke bawah kami tidak mengenakan bayaran masuk. 
MASUK ADALAH PERCUMA bagi pengunjung yang dibawah 12 TAHUN (PROMOSI)    

Kemudahan di Taman Rekreasi Pampang

Bagi kumpulan-kumpulan yang ingin bekhemah kami tidak mengenakan bayaran masuk. Tapak perkhemahan kami kenakan bayaran satu  tapak RM5.00 untuk 1 malam.  Kumpulan-kumpulan besar yang menyewa tapak perkhemahan dapat menggunakan kemudahan seperti dewan terbuka dan dapur dengan kadar sewa yang murah iaitu sebanyak RM60.00.  Walaubagaimanapun, bagi yang ingin menyewa tempat sahaja tanpa bekhemah perlu membayar yuran masuk.  Untuk sewaan dewan dan dapur mungkin ada bayaran lebih sikit mengikut jumlah pengunjung tersebut tetapi bayaran tidak lah semahal bayaran mampu milik.

No comments:

Post a Comment