Thursday, February 23, 2017

TAMAN REKREASI PAMPANG, MARAK-PARAK KOTA MARUDU



Taman Rekreasi Pampang ini terletak di Kampung Marak-Parak, Kota Marudu Sabah.  Taman Rekreasi ini terletak di tanah persendirian En.Modi Atong.  Tanah ini telah diusahakan menjadi pusat pelancongan memandangkan potensi tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat tarikan.  Tanah persendirian ini mempunyai tarikan seperti sungai Kanarom yang masih dijaga dan dipelihara dari segi kebersihan sungai.  Sungai ini juga telah ditagal dimana tidak boleh memancing dan  mencemarkan sungai yang boleh menjejaskan hidupan air dalam sungai.





Taman Rekreasi Pampang merupakan tempat yang baru dibuka dan telah mula beroperasi sejak tahun 2016.  Walaupun masih dalam pembinaan untuk menaiktarafkan perkhidmatan dan fasiliti namun, Pampang ini sudah bersedia untuk menerima kunjungan dari pelawat sama ada yang ingin bersantai ataupun yang ingin berkhemah di Taman Rekreasi Pampang. Kami mengenakan bayaran masuk bagi pelawat yang berumur atas 12 tahun ke atas   manakala bagi pelawat yang berumur 12 tahun ke bawah, masuk adalah percuma.  Keistimewaan bagi penduduk kampung Marak-Parak kemasukan adalah percuma sekiranya ingin mandi-manda.  Bagi yang ingin bekhemah adalah digalakkan menghubungi kami terlebih dahulu untuk mendapat tapak perkhemahan supaya tidak bertindih dengan kumpulan-kumpulan yang lain terutama kumpulan-kumpulan yang besar.  




Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan disini selain daripada mandi-manda, pengunjung boleh bersantai sambil bbq, berkhemah, beriadah, berkelah dan sebagainya.   Kami juga menyediakan kemudahan seperti tandas, bilik mandi, pondok bbq, dewan terbuka dan dapur tertutup.   Buat masa ini kami belum ada menyediakan rumah  atau bilik untuk disewa, tetapi dalam perancangan akan ada.   selain itu, aktiviti yang boleh dijalankan adalah memancing tetapi masih dalam perancangan( dalam pembinaan).   Kolam yang dibina dalam kawasan yang sama juga boleh dijadikan pusat untuk pertandingan memancing kerana kolam ini sangat besar dan luas.   Selain itu, bagi peminat-peminat memancing jangan dulu kecewa kerana tidak dapat memancing di sungai Kanarom kerana ditagal.   Kolam Pampang bakal dibuka.





Taman Rekreasi Pampang ini masih mengekalkan keindahan dan persekitaran semulajadi.  Air sungai yang sangat bersih yang sudah diuji tahap kebersihanya.   Taman Rekreasi Pampang tidak menjanjikan kemewahan tetapi Kami menyediakan kemudahan keperluan yang asas untuk keselesaan pengunjung di tempat ini. 


 Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk berkunjung di tempat ini. Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi kami sama ada melalui website, facebook ataupun telefon yang tertera.