TASIK IMPIAN JAYA


Kolam seluas padang bola ini dinamakan TASIK IMPIAN JAYA.   Kolam ini dinamakan oleh pemilik tempat ini iaitu En.Modi Atong.   Kolam ini terletak di Taman Rekreasi Pampang, Marak-Parak, Sabah.  Pengunjung yang datang di Taman Rekreasi Pampang boleh melihat keindahan Tasik Impan Jaya sambil memancing dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang lain.  Peminat-peminat memancing bolehlah memancing disini apabila kolam
 (Tasik Impian Jaya) beroperasi sepenuhnya.   

Pemandangan Tasik Impian Jaya

Tasik Impian Jaya

Tasik Impian Jaya boleh dilihat dari luar jalan raya. Pemandangan dari sudut tepi tasik Impian Jaya ini sangat cantik dan indah.  Taman Rekreasi Pampang ini masih mengekalkan alam semulajadi sesekelilingnya.  Konsep Taman Rekreasi Pampang sesuai dengan konsep ekopelancongan.  

Tasik Impian Jaya sedang dalam proses pembinaan

Menurut pemilik Taman Rekreasi Pampang ini, En.Modi Atong bercadang ingin membuka pusat tempat pertandingan memancing yang  terbuka kepada semua peminat memancing ataupun penganjur adalah tuan pemilik ini sendiri juga berhasrat mengadakan pertandingan memancing.

Tasik Impian Jaya boleh dilihat dari jalan raya
Perancangan masa akan datang, Tasik Impian Jaya ini juga akan ada pondok-pondok rehat di tepi-tepi kolam untuk beristirehat.  Walaubagaimanapun, semua itu masih dalam perancangan menurut En.Modi Atong.
Pemandangan sudut tepi Tasik Impian Jaya yang masih mengekalkan alam semulajadi.
sesiapa yang berminat dengan aktiviti memancing, pertandingan memancing atau lain-lain aktiviti yang hendak dijalankan disini, boleh lah terus berhubung dengan En.Modi Atong di talian 
013-8513402




No comments:

Post a Comment